hari ini hari gaji :)

 

..Hari ni hari ke 4 berpuasa.. tapi baru pukul 9.15am, aku dah mula rase ngantukk bangat.. pagi tadi aku bersahur dengan roti 2 keping dan susu panas.. perut aku makin sensitif since sakit haritu.. tak boleh makan berat secara tiba-tiba, nanti angin naik satu badan..seksa!

..raya tahun ni aku tak berapa teruja seperti selalu.. tak sibuk-sibuk nak beli baju raya baru.. klu sebelum ni mesti nak ada kasut baru, baju kurung lain, baju jalan-jalan lain.. biaselah perempuan! tapi tahun ni aku langsung tak fikirkan itu semua.. aku lebih sibuk memikirkan baju nikah dah siap gunting ke?baju sanding? souvenir tak siap lagi?? barang hantaran tak beli lagi?? aduhai..byk lagi rupenya yang belum setel.. ‘Nanti lepas raya baru siapkan, takde tempat nak letak’.. banyak kali mak pesan benda yang sama.. disebabkan aku asyik bertanya benda yang sama jugak.. hehe

..sekarang ni, aku lebih kepada menjaga kesihatan..banyakkan makan buah tomato, minum air kosong byk-byk, jogging, swimming.. aku pernah terbaca, kepada mereka yang akan bergelar raja sehari, tidak digalakkan minum soya, makan jambu batu, dan semua makanan yang sejuk.. jadi aku kena elakkan benda-benda tu..walaupun aku sgt suke minum soya. Byk lagi pantang larangnye..benda yang baik bolehla jadi panduan, tapi yang lebih-lebih tu tak perlulah nak ikut kan..

..dulu-dulu, kata orang tua, klu nak elak hujan masa majlis berlangsung, si dara kena baling baju atas bumbung rumah.. habis tu,takkan aku nak baling baju aku atas dewan nanti ye?hahahaha.. yang lainnya, si dara tak boleh berembun sehingga malam..nak elakkan takut terkena sihir jahat.. ntahlah..aku tak berani nak komen tentang kepercayaan begini.. rasenya diri kita sendiri boleh pikir secara logiknya bukan?

..oh ye, betullah kata orang.. majlis perkahwinan nanti bukannye majlis untuk pengantin semata, tapi jugak untuk mak dan ayah pengantin.. ape je keputusan yang ingin dibuat, kena rujuk kepada mereka yang lebih tua.. misalannya, mulanya aku inginkan semua dalam serba serbi putih.. sebab aku mmg suka warna putih.. daripada pelamin hingga ke persalinan semuanya aku nak serba putih yang aku rasekan warna yang sgt suci..tapi, mak melarang..katanya nanti tak naik seri.. bila bersanding tak nampak pengantin nanti kalau dah semuanya putih.. tapi bila aku tgk org lain, ok jee..

.. tapi takpe, itu bukan satu masalah besar.. aku bukan kisah sgt benda-benda kecil begini.. asalkan semua orang puas hati dan happy, itu lebih penting.. tak dinafikan, dalam perjalanan menuju ke hari besar kami, mmg banyak dugaan yang datang..benda yang sekecil kuman boleh jadi isu yang sebesar gajah.. tapi tidak apa-apa, aku belajar dari pengalaman.. selepas ini, aku tau apa yang betul dan tidak,yang patut dan tak patut.

..dan tahun ni budget duit raya untuk sanak saudara akan di’cut-off’.. sorry ye adik-adik.. 😉

*entry ini lari dari tajuk di atas..tapi mmg harini hari gaji pun~~

Advertisements

~ by littlemine on 25/08/2009.

8 Responses to “hari ini hari gaji :)”

  1. huhu.. duit raye sy pun kena kurangkan jugak utk adik2 + sedare mare yg kecik.
    maklumlah simpan utk tabung kawen sendiri.. ;p

  2. hi there
    just peeping ur blog 🙂
    ok. i pernah hadapi semua masa2 mcm u. sgt2 la tensi. plus every preparation i yg handle sendiri. my parent urus kenduri jer. nak beli brg awal2 mcm u la xtau mana nak letak. ish, pendek kata mmg kena wat plan betul2 la. tp kate org kita merancang, Allah tentukan.. masa tu fikir nak perfect je. takut org kata mcm tu la mcm ni la.. tp last2 i pikir, xpe la buat ikut kemampuan sendiri.. mana xmampu buat i biar kan.. so, pd hari kejadian alhamdulilah everythings going fine. pd u, i hrp semuanya berjalan lancar k. n gud luck !!

    • thank u there..we r at the same age.. 🙂
      i pun akan buat ikut ape yang i mampu..kehidupan selepas ini lagi byk nak pakai duit kan? 😉

  3. Ten,
    sbr rs nk tgk kamu jd raja sehari…

  4. kawen mmglah kena bincang ngan mak bapak ngekk!

    majlis ko nanti aku sambut tetamu je, almaklumlahhh…haha!

    • byk cantikk??aku haritu bertungkus lumus tolong kau, takde maknenye ko nak duk diam je eh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: